Wednesday, May 18, 2011

anak gadis comel kelantan


anak gadis comel kelantan yang hanya ku kenali nama dan wajah nya sahaja hampir dua tahun yang lalu melalui laman popular . Aku ikuti anak gadis ini yang masih belajar diperingkat universiti secara diam diam. Sekali sekala aku hantar pesanan kepada nya melalui laman tersebut, walaupun aku mendapat jawapan yang cukup pendek tetapi ia mengembirakan aku. Dari gambarnya yang sekelumit kecilnya pasti membuat aku cukup resah untuk mendekati anak gadis comel kelantan ini. Tapi apakan daya ia tengah belajar ku pendamkan saja niat hati ku buat sementara waktu. Aku tak mahu menganggu pembelajaranya kerana jauh disudut hati aku mahu melihat anak gadis comel kelantan ini berjaya dimenara gadingnya serta terus berjaya diperingkat kerjayanya. Entahlah tak tahu kenapa hati ini amat tertarik dengan anak gadis comel kelantan ini. Ahh biarkan dulu sementara waktu. Ada rezeki dan jodoh bertemu juga kata kawan aku.

Sebuknya aku mencari rezeki, pagi,petang, malam, Saturday, Sunday, public holiday, tiba tiba aku teringat semula anak gadis comel kelantan ini. Ingatan aku bertambah kuat setelah aku mencuri tengok gambarnya yang ditutup separuh muka dengan kain merah kesukaan nya itu. Pelik juga fikir ku anak gadis comel kelantan secantik ini minat bola lebih dari aku, hah! Biar lah asalkan dia gembira dengan bolanya.

Aku cuba cuba hantar semula pesanan kepadanya, hah! ada jawab, kau tahu betapa seronoknya aku, payah nak cerita, perasaan ingin tahu aku bertambah kuat, aku hantar lagi, kali ini lebih berani minta hand phone number dia. Rezeki aku kot dengan senang dia bagi dan disini bermulalah ingin tahu aku kepada anak gadis comel kelantan ini.

Entahlah kenapa dari beratus ratus anak gadis comel kelantan yang aku tinjau dalam laman popular tersebut, anak gadis comel kelantan ini yang menjadi perhatian aku.Yang lain aku dapat juga response yang baik malah lebih baik dari anak gadis comel kelantan ini tapi aku tidak berminat lansung. Kenapa ya? “Entahlah, minat masing – masing kot” kata kawan aku. Kawan aku ini pun satu bagi jawapan yang sejuk je lansung takde semangat. Ahh! Pedulikan lah dia mentang-mentanglah family dia ok takde problem macam aku agahlah dia.

Aku cuba sms guna line hp dan Alhamdullillah anak gadis comel kelantan ini jawab dan kami teruslah bersmslah untuk seketika. Fikirku kenapa tidak digunakan latest technology yang ada kita chat je lah kan tak kena duit. Sambung lagi kita dengan chatnya pulak. Walaupun letih malam nya aku berchatting giler ngan nya. Seronok juga lama betul aku tak buat macam ini. Sekali sekala boleh tahan. anak gadis comel kelantan yang mula aku sayangi ini tiba tiba ingin tahu banyak perkara mengenai diri aku. Aahh! Macam mana ini, memang perangai aku tak suka menipu, bagi aku menipu ini sengaja mengundang masaalah, lagipun berdosa, dan yang paling aku tak suka ialah melukakan hati orang lain. Kalau aku tipu juga kesian anak gadis comel kelantan ini, no i cannot tell lies to her, you want to why ? because I am beginning to like her or ………….. her.

Ini lah yang aku paling takut sekali, berterus terang berkemungkinan aku akan kehilang anak gadis come kelantan ini, menipu bererti aku akan menyiksanya nanti. Aku sayang anak gadis comel kelantan ini walaupun aku belum lagi mengenalinya secara dekat.

Akhirnya demi anak gadis comel kelantan ini aku mengalah juga, aku ceritakan kedudukan aku sebenarnya. Immediate response yang aku dapat dari anak gadis comel kelantan ini seperti yang aku duga, aku mulai merasa akan kehilangan nya. Aku tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk memujuk anak gadis comel kelantan ini supaya masih bersama dengan aku. Biarlah dia membuat pilihan dan apa saja keputusan yang anak gadis comel kelantan ini ambil aku hormati dengan penuh hati.

telah ku dapat namanya tetapi mempunyai satu nama yang amat berlainan dari yang lain pernah aku kenali samaada secara dekat atau begitu saja, bagai satu hembusan angin melalui hati aku dan kini angin itu mula meninggalkan aku. Begitu cepat jam berlalu tiba tiba sahaja dua tahun telah berlalu. anak gadis comel kelantan kini tidak lagi menjawab sms aku, dan akan tidak lagi berchatting dengan aku. Berlakunya perkara ini bukan lah salah sesiapa tetapi hukum alam yang ditentukan oleh Allah. Aku terimanya dengan redha. Yang ralatnya masih banyak lagi yang belum aku ceritakan pasal aku kepada anak gadis comel kelantan ini. Satu jawapan dari aku dah buat dia hilang, kalau aku jawab semua mungkin buat dia datang balik kot?.

Bila aku fikir-fikirkan semula seperti coklet je kejap ada kejap tak de.

Aku rasa lah pasti anak gadi scomel kelantan ini masih lagi ingat kat aku walaupun hujung kuku saja pun taka pa lah, asalkan dia ingat. “Alaa, jangan kau perasan, dia anak gadis comel kelantan yang comel dan cantik, apa perlu dia nak ingat kat kau, ramai lagi yang berminat dengan dia”, kata kawan biul aku ni kat aku. Bengang betul aku dengan kawan aku ni, cakap ikut sedap mulut je. “lempang kang bisu” jerit aku.

Tapi dia kata masih lagi mahu jadi kawan dengan aku, ia ke? Harap harap bergitulah. Terlalu banyak yang masih kami belum kenal dan tahu lagi mengenai satu sama lain dah pun sampai kepenghujungnya. Mungkinkah berakhirnya sebuah pengenalan yang mengambil masa yang lama dan berakhir dengan cepatnya.

wahai anak gadis comel kelantan, tak kan aku lupakan nama ini yang dah terlekat dihati aku buat selama lama nya.

Selamat buat mu.

http://bit.ly/lYOnWc